Saturday, August 22, 2009

sangatMANIS!

6 Comments



Glimpsing back. First day of Trial.

Jujur, saya sangat-sangat tidak bersedia untuk peperiksaan kali ini. Ada masalah yang masih menganggu pemikiran saya walaupun telah seminggu cuti diberikan. Sungguh, sehingga pagi itu fikiran saya masih terganggu. Saya risau. Risau kalau ia terus menganggu keputusan peperiksaan saya nanti.

Saya senyum tapi hanya wajah saya yang senyum. Kemudian kawan-kawan saya datang dan merekalah yang menceriakan hari saya, yang berjaya buat saya mengukir senyum dari hati. Sebuah paper bag warna 'gold', haha, diletakkan di atas meja saya dan bila dikeluarkan isinya, naaaah, mrs. teddy lagi besar dr Aliyah, haha. Serius, comel sangat.

Thank You Very Much Syira, Tira, As and Nana!
You Make My Day!
Sayang KALIAN sangat-sangat!

Apa yang lebih mencomelkan, pulang dari sekolah, saya bangga tunjukkan teddy bear baru saya pada Aliyah. Saya letak dia sebelah Aliyah, tau tak apa Aliyah buat, saya tahu awak tak tahu, haha, dia kiss, dia hug, dia kiss, dia hug teddy bear saya. Comel sangat! Dua si comel. If only ada camera waktu tu. Aliyah betul-betul 'act' macam kakak pada teddy bear tu. Kecomelan mereka tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Kena tengok sendiri. Dahla kalau Aliyah peluk teddy bear tu tangan dia tak sampai, betul teddy ni lagi gemuk dari Aliyah, pendek berapa sentimeter je dari 'kakak' dia tu.

Apa-apa pun terima kasih rakan-rakan.

Alhamdulillah, selesai!

7 Comments


Gaa, Alhamdulillah, the exam is finally over!

Selepas dilanda suhu badan yang naik melepasi paras normal sehingga menyebabkan peperiksaan terpaksa tidak dihadiri dan menganugerahkan saya pengalaman peperiksaan di luar waktu peperiksaan, yang turut menyebabkan saya terlewat merdeka 2 hari (merdeka la sangat, smu lagi sebulan), Alhamdulillah semuanya berjaya dilepasi jua, syukur.

Juga saya amat bersyukur, Alhamdulillah setakat ini semua kertas jawapan yang cikgu kembalikan kepada saya, hanya mempunyai angka 8 dan 9 di awalnya, syukur sangat, semoga result-result yang lain juga hanya berangka 8 dan 9 di hadapan. Semoga result kawan-kawan saya juga begitu. Goodluck everyone! 7 unit, insyaAllah! Sama-sama la kita berdoa, may result yang berjaya mengukir garis melengkung ke atas di wajah kita, akan kekal dan yang melengkung ke bawah dapat kita perbaiki sama-sama, dalam saki-baki masa yang tinggal. InsyaAllah.

p/s: emi, GOODLUCK, TAFSIR! (haha, kesian emi, lepas cuti pun ada paper lagi, gara-gara? demam.) Saya pun tak pasti kenapa, apa yang saya tahu, bilangan murid yang terpaksa delay paper seperti saya ramai dan semuanya gara-gara penyakit ini. Tapi Alhamdulillah saya cuma 2 paper, mereka LIMA. gaaa.

Wednesday, August 05, 2009

Behind The Scenes H1N1 di sekolah saya

2 Comments

31 Julai 2009

Dengan muka paling comel, senyum berseri seorang budak jahat pergi sekolah, hari Jumaat lepas. Dalam hati, ‘yaaay! hari ni balik 11.20’. Sampai je depan kelas, 3 orang kawannya tengah tunggu dengan muka yang serius tahap apa je.

“BJ (budak jahat), BJ dah tau dah?” kata kawan-kawan si BJ ni.

“Tau apa?”

“Positif.”

“Ha? Positif apa?”



27 Julai 2009

Kelas bising tak bising tanpa cikgu. Berlakulah sebuah hiwar.

Mai: Eh, BJ, tau tak semua sekolah keliling sekolah kita dah tutup. Tinggal sekolah kita je belum.
BJ: Ye kee? (*haha, nampak sangat tak up to date)
Mai: Yup.

Tiba-tiba. Ting ting. BJ dapat idea. Hehe.

BJ: Mai, trial kita tinggal minggu depan, minggu depan je kan. Kan?
Mai: Yup.
BJ: Kan best kalau tiba-tiba masa kita trial sekolah tutup sebab H1N1, haa, kan bagus. Jadiii, (muka evil) apa lagi Mai, Mai kena la H1N1 so that sekolah kita boleh tutup, trial tunda, silap-silap tak payah, selamaaat f4. (*muka bahagia tak terkira bercahaya kalah lampu kalimantang). Jangan risau Mai, kitorang takkan lupa jasa baik Mai, akan kamii kenang sehingga ke akhir hayat, kami hargaaai sangat.

Dengan mood paling happy tu, BJ mengkhabarkan idea bernasnya hampir ke satu kelas, haha, dan tak sampai 10 minit, dia dah dapat sokongan ramai.

Kelas: YA, Mai, betul tu Mai, kami sokoooong sangat. Setuju3.
Mai: Eyyy! Nauzubillah!

BJ ketawa senang hati tanpa menyedari ada kawannya tengah kesakitan di sebelah Mai, Mai sebelah dia. Waktu rehat, baru dia perasan, dan dengan penuh rasa kemanusiaan dia rasa dahi kawan dia, “demam eh? cepat sihat tau!” BJ ni walaupun dia jahat, baikla jugak.

Even sebelum dia balik rumah dia sempat lagi pegang dan bagi support dekat M (kawan dia yang sakit tu), “Cepat, sihat tau!”

Memang si BJ ni tak fikir apa-apa, lain-lain.



31 Julai 2009


“Positif.. H1N1”

“Siapa? Takkan.. M”

Tiada jawapan. Cuma anggukan je yang BJ Nampak. O’O. Tapi BJ still tak betul-betul terima hakikat, still tak amik pusing sangat, boleh main-main lagi, dalam hati, dia tak percaya.

Sebelum rehat, BJ sempat lagi main-main dengan beberapa kawan dia, (walaupun actually waktu tu ada about 7 orang student asrama yang kena bawak pergi hospital semalam yang suspected that penyakit tengah tunggu result doctor), tapi BJ dengan kawan-kawan dia ni memang kalau boleh tanak fikir benda buruk. Mereka siap boleh sembang lagi,

“Eh, kalau, cuti minggu depan, best jugak kan, mengafal je satu minggu, takyah belajar.”

“Betuuuul!!”

Waktu rehat.

3 orang budak kelas lain lari-lari masuk kelas mereka, “tau tak sekarang 3 orang positif, and cikgu nak buat pengumuman, sekolah tutup.”

“Oh ye?” (dalam hati BJ, biar betul, orang main-main je, takkkaaaan kut, eh serius, main-main je la.)

Tiba-tiba, ketua kelas mereka masuk “DAH, DAH. Susun meja sekarang!” Dekat tangan dia, ada kertas angka giliran untuk....

BJ: Ha?! Takkan kut?! Main-main jeeee.


5 Ogos 2009


Dan sekarang cuti sekolah, seminggu yang dipenuhi dengan hafal, hafal dan hafal, sampai otak pun dah senget sebelah. Sekarang si BJ baru ada rasa menyesal sebab subjek Nahu Sarf yang tak habis belajar lagi dan maybe boleh habis sebelum trial kalau sekolah tak tutup, kena baca sendiri. Gaaaaaaaaaa.

Dua je words saya untuk dia. PADAN MUKA!

Siapakah BJ yang mulutnya sangat masin? Hehehehe.

Monday, August 03, 2009

Otanjobi Omedato Gozaimas, Aliyah!

0 Comments




Happy Birthday, Aliyah!
Selamat Hari Jadi, adiiik!

Awak dah tua, haha. Apa2pun, may adik akak jadi girl yang paling comel, paling baik, beriman, solehah, pandai, outspoken dan semua2 la yang bagus-bagus.

Ataak saaaaayaaang adiik!

All the best for you, dear! May Allah bless you, always, forever!

p/s: gaaa, FEQAAAAAAAAH!

Hi! Finally, My bloggy, haha.

2 Comments


Hi! Yup, yup, yup, ni saya. Okay2, tak yah cakap saya tahu kamu rindu saya, haha, saya pun!

Why buat blog?

Mmm, klu saya bagi jawapan saja2, tak boleh terima eh? Ya laaaa. Mmm, sebab, first nk tunaikan janji dekat Wardah. (hehe, sory dear, like lambat sangaaat). Then, sebab, nak release stres, of course, lagi, sebab, hey saya, grown-up girl kan, kena la cipta kelainan sikit pada hidup ni, and last but not least to share stories with siapa2 yg saya tak boleh nk share cerita dengan dia. =]

This blog was born on 2 August (birthday Aliyah!) and di saat saya sepatutnya kena habiskan hafal feqah, like banyak lagi, gaaa. Anith, wake up, trial, minggu depan, minggu depan, aaa.

Applecuddle knapa?

Suka hati saya laaaaaa. haha.

Ha, nak bg amaran, kepada sesiapa yang nak hilangkan bosan, baik jangan baca blog saya, lg bosan, bosan kang! K got to go now, feqah saya dh rindu saya. Byes!

p/s:blog ni, saya just bagi sayang-sayang saya je baca jd kalau kamu boleh access blog saya maksudnya saya sayang kamu la tu!

p/s: ketika blog saya masih private.