Press conference. Press conference. First time dalam hidup saya, saya kena menghadiri sebuah press conference or you also call them sidang akhbar. Gementar jangan cakap. Ketar jangan cerita. Blur yang teramat. Tak tahu bagaimana rupa sebuah sidang akhbar.
Everything, alhamdulillah went well, sehinggalah sampai sesi wartawan menemu-ramah saya. Oh, tidak! Kalian pernah tak duduk menjawab soalan dengan tiga recorder di mulut kalian dan tiga wajah menanti serta mendengar dengan teliti setiap patah jawapan kalian dalam jarak kurang satu meter. Itulah yang terjadi kepada saya dan ia telah menyebabkan saya kehilangan kata-kata dan memberi jawapan buku 'standard' bukan dari hati.
Maka, hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan di hati saya kini, lantas membuatkan ibu saya dan saya sendiri merasakan perlunya jawapan yang sepatutnya diberi, diberi. *Haha, ayaaat piawai.
Oleh itu, ayuh, kita mulakannya. Tapi saya hanya menjawab kembali 2 soalan yang saya rasa penting untuk dijawab.
1) Apakah perasaan adik apabila memperoleh kejayaan ini?
Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dan gembira atas kejayaan ini. Selain itu, kejayaan ini terasa amat bermakna kerana ia jawapan sebuah perjuangan. Semakin bermakna apabila inilah hadiah terakhir saya buat Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah yang terlalu banyak membantu kehidupan saya di negeri di bawah bayu ini. Inilah cuma sesuatu yang mampu saya beri buat seluruh tenaga pengajar, khasnya dan seisi warga Toh Puan Hajah Rahmah. Saya bahagia melihat wajah-wajah gembira guru-guru saat saya menunjukkan kepada mereka anugerah yang saya peroleh. Kebahagiaan yang ikhlas datang dari hati terpancar di wajah mereka. Terasa segala penat lelah terbayar. Terasa segala tidur-tidur yang tidak cukup dek menghafal berbaloi. Seronok dapat melihat kegembiraan yang bukan dibuat-buat. Gembira dapat menjadikan mereka lebih semangat untuk terus mendidik. Sangat terharu apabila ada cikgu yang semangat mencarikan saya plastik semata-mata tidak mahu hadiah tu tercalar dan untuk saya mudah untuk membawanya.
2) Apakah pendorong kepada kejayaan adik?
Sungguh terlalu banyak pendorong bagi kejayaan ini. Pendorong yang utama semestinya kerana Yang Maha Esa. Demi mencari redhanya, insyaAllah. Seterusnya, tentu sekali, ibu bapa yang teguh yakin percaya saya mampu melakukannya. Ketiga, guru-guru. Jujur, pada awalnya, saya sangat tidak yakin untuk menduduki peperiksaan ini dan saya ada berjumpa dengan beberapa orang guru meluahkan perkara ini. Murni, mereka sangat yakin dan di atas keyakinan-keyakinan itu saya berjuang untuk tidak mengecewakan mereka. Kerana dorongan guru-guru, saya semakin bersemangat untuk belajar, kerana saya tahu perjuangan saya diperhati dan hasilnya dinanti. Lantas, saya belajar untuk menggembirakan mereka, untuk memberi rasa puas buat mereka, untuk menghadiahkan terima kasih atas keyakinan mereka. Seterusnya, rakan-rakan juga pendorong kuat saya. Sama seperti guru-guru, saya berjuang juga untuk menggembirakan rakan-rakan saya dan menghadiahkan penghargaan buat mereka kerana tidak putus-putus memberi semangat, tidak putus-putus menggalakkan saya, juga memberi apa sahaja bantuan yang saya perlukan. Terima kasih semua, Alhamdulillah.

So saya rasa this is the answers, thank you everyone. May Allah repay all your kindness. May Allah bless.
Sebelum terlupa, terima kasih juga kepada CIKGU SHIKIN DAN NABIHAH DTG BUAT 'SUPRISE' DI AKHIR EXAM SMU SAYA DULU.. KLU MEREKA DTG SEMINGGU AWAL SURE SYA X BOLEH MEMBERI TUMPUAN PADA EXAM SBB CONFIRM SYA AKAN LEBIH FOKUS NK BERJALAN2 SAJA.."
Haha, maka itulah kiranya jawapan hamba. Alhamdulillah. Haza min fadhli rabbi.
16 comments:
Anith! congrats2! hehe..
Syifa'! thankyou2! hehe.
Jap, ana pun nak cakap terlebih awal punya congrats, sure do nti gempak punya, so congraaaatulaations!
Yay2, ana org first. Weee. Haha. Tabtul.
Salah tuh..spatotnye pendorong utama niat 'lillahi ta'ala'.hehe.
perghhh anit..bagaikan artis..apsal nt x ckp "TERIMA KASIH X TEHINGGA BUAT CIKGU SHIKIN DAN NABIHAH DTG BUAT 'SUPRISE' DI AKHIR EXAM SMU SAYA DULU.. KLU MEREKA DTG SEMINGGU AWAL SURE SYA X BOLEH MEMBERI TUMPUAN PADA EXAM SBB CONFIRM SYA AKAN LEBIH FOKUS NK BERJALAN2 SAJA.."..hahahaha...
apepun mantap la nt anith..ok ilmu yg Allah beri, simpan leklok n sebarkan kepada org len..jgn simpan je..n tingkatkan prestasi diri n jgn berpuas ati dgn ape yg ada..lagi dan lagi..kejarlah ilmu smpi mati..
TAHNIAH
to Khaizzz~
Thank You tegur. Da betulkan da. Thanks again. Alhamdulillah.
Haha, tadela cikgu, maka ana yang suro buat post ni so ana buat la, haha.
Cikgu, ana da tulis tu , okay? HAHA.
Thankyou cikgu. Okay, insyaAllah. Cikgu doakan ilmu tu kekal dan dapat ana manfaatkan sebaiknya. Doakan ana tak ujub, takabbur dan siblingsnya. Doakan kami sama-sama terus berjaya dengan lebih cemerlang. InsyaAllah.
THANKYOU.
eh typing error. * mak ana. Hehe.
anith..cg bkn suro nt masukkn dlm blog..spttnya tym press conference uh ckp cam ape yg cg ckp uh..hahaha bru cam gempak..hahaha..
TBB
Alaa, kira okay la tu, ada dalam blog, ramai kut baca, (*konon). Haha.
Dalam blog ni kira semua yang ana tak sempat cakap haritu.
TBB lah cikgu.
sarah pulak, sarah pulak.
anith, sya x bleh bace krtn akhbar yg kedua tu, scan lagi sekali, and it's a COMMAND!
klo x scan pon kene tunjuk depan mate ana taaauu, tahniah skli lg kwan~
gila gempak luu baii.after this gua nak pegi sabah la.
tahniah
haza min fadli robbi..
bkn huwa*
skadar menegur
to sarah~
haha, haaait, ala, ana tunjuk real2 la nantii, klu ingat, er.
to oma~
thankyou.
yup, sila lah datang, seisi sabah menerima dengan senang hati.
to guest~
Thank You. =) Alhamdulillah.
to anonymous~
A'ah tersilap, Thank You tegur.
Post a Comment