Sunday, September 27, 2009

SayaRinduSemenanjung!

0 Comments

Saya da balik KK. Gaa cepatnya masa jalan, kadang-kadang rasa dia bukan jalan, naik formula one kut, ish cepatnya. Lusa da SMU. Gaa, bole tak saya macam tak baca apa-apa pun sepanjang cuti seminggu 4 hari tuh. Nahu je sikit. Haish. Takut, tau takut, tapi nak buka buku di hari raya, di saat orang laing hu-ha-hu-ha makan kuih raya, tengok tv, dapat duit raya (*saya dapat sikit je oh :( siapa2 nak kasi, boleh saya terima lagi, hehe.), kita nak buka buku yang tulisan dia warna hitam, tak faham sekali baca, (*heh, jahat gla saya, tak-tak.) Susa oh.


Cop2, saya nak touching dalam jap. Cepatnya masa berlalu.

Rasa macam baru semalam je book ticket nak balik raya yang lagi 6 bulan baru jumpa.

rasa macam baru semalam je counting2 masa bila raya,

rasa macam baru semalam je Ramadhan datang visit,

rasa macam baru semalam je, happy pengalaman baru puasa, sahur awal, bukak puasa awal, tarawih awal,

rasa macam baru semalam je hati kembang gla cikgu bagi cuti 2 hari awal,

rasa macam baru semalam je sibuk gla kemas bilik, kemas buku, kemas almari, iron baju, kiwi kasut in order tak nak pening kepala lepas balik dari KL,

rasa macam baru semalam je bangun pagi over-excited gla hari ni ni balik KL, lepastu flight delay 2 jam pun buat tak kesah je, janji sampai KL hari ni,

rasa macam baru semalam je Che' Li ambik dekat airport, lepastu saya dengan adik-adik macam budak kampung tak pernah tengok KL, kagum gla, cehh, sedangkan 3 bulan lepas baru balik tau,

rasa macam baru semalam je rasa relieve gla dapat tengok home sweet home, masuk bilik colour biru tu, gaa, Tuhan je lah tahu betapa saya rindu itu rumah,

p/s: dah la, neighbourhood saya dah maju macam nama dia. Wangsa Walk Mall, gaa.

rasa macam baru semalam je rush up balik Kedah sampai saya just tidur sejam lebih sikit je dalam bilik kesayangan saya tu, lepastu jam tahap giga nak sampai ke Ipoh,

rasa macam baru semalam je planning rumah baru dekat kampung tuh dan hari tu saya balik tengok rumah tuh cantik amat, beyond expectations.

rasa macam baru semalam je riang-ria-di-hari-raya-umur-saya-16-tahun-maka-saya-jadi-malu-nak-ambik-duit-raya-maka-duit-raya-saya-paling-kurang-antara-semua. Gaa.

rasa macam baru semalam je heaven amat jumpa cousin, main dengan ali imran comel, pimpin aliyah jalan-jalan, basuh pinggan mangkuk banyak amaaaaaaat,

rasa macam baru semalam je planning keluar dengan cg, sae, smuaaa.

rasa macam baru semalam je balik pahang tengah-tengah malam,

rasa macam baru semalam je jalan-jalan di Wangsa Maju kesayangan saya,

rasa macam baru semalam je semua itu berlaku dan hari ini saya di sini, di dalam bilik, merenung pantasnya masa pergi meninggalkan kita,

aka saya rindu west malaysia sangat-sangat. saya rindu semuaaa. 2 bulan, cepatlah.

p/s: Kepada semua yang telah menceriakan hari saya sepanjang saya di sana, only God can repay all your kindness, saya sayang kamu tahap amat, doakan smu saya, saya tengah tak sihat ni.

Hargailah masa itu selagi ia ada di sekeliling kita.

lagi sekali p/s: gambar raya, nantiiii, doakan SMU saya dulu.

Friday, September 18, 2009

Semoga Berjaya!

3 Comments



Good luck untuk awak.
Good luck untuk saya.
Good luck untuk semua candidate Sijil Menengah Ugama.
Selamat M
aju Jaya!




All the best untuk semua! Selamat skor, skor, skor!





Tidak ketinggalan kami perlukan doa anda juga. =)



Raya!

2 Comments

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semua orang!

Some regards:



Family:

Pleading all of you to forgive all mistakes I've done. Thank you for everything I can hardly count. Loving you with all my heart. Can't wait to gather again.


Guru-guru saya:

Saya mohon maaf di atas segala kesalahan saya sama ada sengaja mahupun tidak disengajakan. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan, pertolongan yang tidak terhitung banyaknya dan pelbagai lagi perkara yang tidak mampu saya senaraikan di sini. Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah cikgu-cikgu ajar. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Saya sayang cikgu.

p/s: Bajet macam mereka baca, heh, takpe lah.



My dears di Kuala Lumpur:

Hoping all of you to forgive all my mistakes, thank you for being such nice friends, sorry jarang contact korang. Doakan SMU ana. Prepare hadiah siap-siap. HAHA.

p/s: Jumpa jooooom! Korang tak rindu Aliyah ke.


Dearvar and the others di Sabah:

Maaf atas segala salah dan silap Anith, thank you atas support yang tak putus-putus. Glad to know all of you. Dah, dah. Cukup-cukup lah tu raya, pergi mengafal. (*macam cakap kat diri sendiri je, hehe)

p/s: duit raya?



Siti Noor Farhana bt. Ali:

Happpppppppyyy Birrtthhdaaaaay! Haha, tua! Okay, may Allah bless you now and always. Wishing you the best of luck in everything. Sayang kamu. Hadiah, nanti-nanti lah.

Rindu korang semuaaaaa.


Cikgu Shikin:

Cikgu, ana minta maaf atas segala-gala-gala-galanya. Terima kasih sangat-sangat-sangat atas semua-semua-semua nya. Ana macam terhutang budi sangat dekat cikgu nih. Saaaaaayang cikgu. Heh, gelabah.

p/s: Rindu cikgu jugaaak. Jumpa?


Orang-orang lain:

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin!


Gooooooodbyyyeee! Kuala Lumpur tengah tunggu.

p/s: Sorry, macam tidakbolehbla (tbb), saya macam gelabah campur teruja amat sekarang. :D

Tapi at the same time, saya macam sedih amat, Ramadhan dah nak habis oh. Kenapa macam cepat amat Ramadhan tahun ni. Macam tak puas oh. Macam tak betul-betul dapat advantages dia lagi tau. Rasa macam baru je, diorang kecoh-kecoh bila puasa, tengok ni orang kecoh bila nak raya pulak. Sedih oh. Saya macam rasa fail lah kali ni. Aaah.
:(

" Ya Allah yang Maha Membantu Hamba-hambanya, bantu aku, bantu rakan-rakan ku, bantu kami semua. Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunkan dosa kami ya Allah. Panjangkanlah umur kami dan temukanlah kami dan Ramadhan kembali, ya Allah. Ameen."

Serious saya tak sabar Ramadhan tahun depan.

Baliiiiiik Semenanjung! :D

0 Comments

wallaweh, rinduuu!

Okay, kegembiraan sudah ke tahap maksima. Hari ni saya balik Semenanjung! Amatnya tidak sabar. Bukan Sabah tak best tapi 3 bulan tak jenguk rumah, rindu weh.

Baiklah kepada semua yang menanti kepulangan saya, flight kami pada hari ini adalah pada pukul 11.45 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Akan tetapi, pada pukul 3 pagi, InsyaAllah, kami sudah dalam perjalanan ke Kedah, desa tercinta. Haha. Amatnya rindu, aaa. Dan kami akan berada di sana sampai hari Rabu.

Kemudian, hari Khamis, balik Pahang pulak. Jumaat balik KL semula. Sabtu balik Sabaaaaah. Ahad rehat. Isnin, SMU! Gaaaa. Jadual sangat pack. Dan bilakah masa saya baca buku? Wallahua'lam. Kamu doakan lah saya tiba-tiba datang angin rajin baca buku sentiasa ya. Semoga Allah memberkati kamu. :)


p/s: sorry, saya macam excited amat, tak boleh tahan daa.

Wednesday, September 16, 2009

Puasa di Sabaaah

4 Comments

Dulu zaman kecik-kecik, comel-comel, antara habit petang waktu bulan Ramadhan ialah duduk bersila depan tv, lepastu bukak channel yang tunjuk waktu berbuka, tiap-tiap hari mesti tunggu. Tidakbolehbla o, sedangkan most of the time waktu berbuka memang tak pernah lupa pun sebenarnya.

Lepastu bila dia tunjuk waktu berbuka untuk Sabah dengan Sarawak, mesti macam tak puas hati, ee, kenapa diorang bukak awal, dah lah sejam. Tak aci. Tak aci. Nak rasa jugaaak. Mesti macam best.

Dan sekarang, bila dah dapat rasa, a'ah best la jugak terutama sekali bila boleh 'action' dengan rakan-rakan semenanjung yang tengah kelaparan, haha.

Akan tetapi bila buka puasa awal, maka segala-galanya pun jadi awal, awaaal lah. Even bazaar Ramadhan pun start pukul 2.30. Kalau kamu datang pukul 6.00 macam tu, kamu tengok meja je lah ya.

Next, tarawih. Haha. Sangat lah cepat oh habis. Kalau di Semenanjung pukul 8.40 macam tu baru nak start, dekat sini 20 rakaat pun dah habis, I tell yoou. Balik boleh tengok berita lagi. Tapi kalau kamu solat dekat masjid negeri maybe dalam pukul 9 lah.

Dan disebabkan itu, kalau kamu pergi masjid, kamu tengok ramai budak-budak comel solat sampai 20 rakaat, jangan terkejut lah. Normal dah tu. Bagus kan, saya tabik mereka.

attitude2 Aliyah dekat masjid

Tapi kebiasaan saya sekarang, lepas 8 mesti kena tukar shift dengan Athirah. Kami take turn jaga Aliyah. Lepastu pimpin lah dia ikut mana dia nak jalan. Kalau nak bagi orang lain jaga, u hope lah, Aliyah sangaaat takut orang. Macam bagus lah jugak sebab susah orang nak kidnap dia. Pandai, pandai. Adik saya memang pandai macam...... Haha. Maka, oleh itu, kepada rakan-rakan Semenanjung saya yang nak peluk+cium Aliyah raya ni, lepastu dia tak nak, jangan terasa eh, memang korang ada iras-iras kidnapper lah pada Aliyah. Haha. Eh, tak, tak. Kidding.

Sahur pulak pukul 4.15, kemudian subuh akan masuk dalam pukul 4.55 macam tu lah. Lepas subuh, siap-siap pergi sekolah, dan kami akan bersekolah saaaampai pukul 1.00 pada hari-hari biasa dan sampai pukul 11.00 kalau hari Jumaat. Okay, saya tahu, kawan-kawan saya yang di seberang laut sana tu mesti macam, cepatnyaaa, tak agaaak. Haha. Tapi memang pun, kadang-kadang tengah semangat-semangat belajar, lepastu macam, eh dah habis sekolah dah. Haha, wujud unsur-unsur kepoyoan di situ.

Konklusinya, pengalaman puasa di sini, menarik, bahagia, happy, riang-ria raya, eh riang-ria gembira. Dan tanpa kita sedar, memang tinggal berapa hari je lagi nak puasa, so selamat memanfaatkannya! =]

Monday, September 14, 2009

Hungry :O

2 Comments


Saya tengah lapaaaar. Bukan sebab puasa tapi saya memang tengah lapar. Cadang nak letak banyak lagi tapi ketidakbolehan. Maka itu sahajalah dahulu.



saya lapar!


sweeeeeeet. :>


aliyah mesti suka.


macam mana dia buat, aaaa.


p/s: Siapa belanja saya semua ni, saya sayaaaaaaang dia.

Saturday, September 05, 2009

Bad Suprises

0 Comments


Melepaskan tekanan, melepaskan tekanan.

Alhamdulillah, result-result sebahagian besarnya telah bertemu pemiliknya dan yaa, kejutan yang sangat besar buat semua.

Naah, ini lah keburukan study last minute, siapa suruh.

Turun, turun, turuuuun. Dah lah macam tak agak, markah turun pun berjamaah, oh, Ramadhan eh, benda berjamaah banyak pahala eh, banyaaaaaakla. Aaaa.

Ok, SMU, bila kawan-kawan? Lama lagi kan 3 minggu lagi. 3 minggu tolak cuti raya seminggu tinggal 2 minggu. 2 minggu mengandungi 14 hari. Subjek SMU ada berapa? 15. Ha, bagus berapa hari satu subjek? Satu. Jadi, sekarang kena buat apa? Belajar. Tau pun, jadi belajaaaar laaa. Aaa.

Walaubagaimanapun, saya masih menunggu result beberapa subjek. Semoga saya mampu mendapat Pangkat 1, 7 unit. (<--pencapaian tertinggi bagi SMU).


p/s: Maaf, tekanan saya sudah mencapai tahap maksima. Post pun pelik. Aaaaaaaa. Teruskan usaha. Teruskan usaha. Masih ada waktu. Semoga keberkatan Ramadhan dapat membantu kita.