Friday, September 18, 2009

Baliiiiiik Semenanjung! :D

0 Comments

wallaweh, rinduuu!

Okay, kegembiraan sudah ke tahap maksima. Hari ni saya balik Semenanjung! Amatnya tidak sabar. Bukan Sabah tak best tapi 3 bulan tak jenguk rumah, rindu weh.

Baiklah kepada semua yang menanti kepulangan saya, flight kami pada hari ini adalah pada pukul 11.45 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Akan tetapi, pada pukul 3 pagi, InsyaAllah, kami sudah dalam perjalanan ke Kedah, desa tercinta. Haha. Amatnya rindu, aaa. Dan kami akan berada di sana sampai hari Rabu.

Kemudian, hari Khamis, balik Pahang pulak. Jumaat balik KL semula. Sabtu balik Sabaaaaah. Ahad rehat. Isnin, SMU! Gaaaa. Jadual sangat pack. Dan bilakah masa saya baca buku? Wallahua'lam. Kamu doakan lah saya tiba-tiba datang angin rajin baca buku sentiasa ya. Semoga Allah memberkati kamu. :)


p/s: sorry, saya macam excited amat, tak boleh tahan daa.

0 comments: