Wednesday, September 16, 2009

Puasa di Sabaaah

4 Comments

Dulu zaman kecik-kecik, comel-comel, antara habit petang waktu bulan Ramadhan ialah duduk bersila depan tv, lepastu bukak channel yang tunjuk waktu berbuka, tiap-tiap hari mesti tunggu. Tidakbolehbla o, sedangkan most of the time waktu berbuka memang tak pernah lupa pun sebenarnya.

Lepastu bila dia tunjuk waktu berbuka untuk Sabah dengan Sarawak, mesti macam tak puas hati, ee, kenapa diorang bukak awal, dah lah sejam. Tak aci. Tak aci. Nak rasa jugaaak. Mesti macam best.

Dan sekarang, bila dah dapat rasa, a'ah best la jugak terutama sekali bila boleh 'action' dengan rakan-rakan semenanjung yang tengah kelaparan, haha.

Akan tetapi bila buka puasa awal, maka segala-galanya pun jadi awal, awaaal lah. Even bazaar Ramadhan pun start pukul 2.30. Kalau kamu datang pukul 6.00 macam tu, kamu tengok meja je lah ya.

Next, tarawih. Haha. Sangat lah cepat oh habis. Kalau di Semenanjung pukul 8.40 macam tu baru nak start, dekat sini 20 rakaat pun dah habis, I tell yoou. Balik boleh tengok berita lagi. Tapi kalau kamu solat dekat masjid negeri maybe dalam pukul 9 lah.

Dan disebabkan itu, kalau kamu pergi masjid, kamu tengok ramai budak-budak comel solat sampai 20 rakaat, jangan terkejut lah. Normal dah tu. Bagus kan, saya tabik mereka.

attitude2 Aliyah dekat masjid

Tapi kebiasaan saya sekarang, lepas 8 mesti kena tukar shift dengan Athirah. Kami take turn jaga Aliyah. Lepastu pimpin lah dia ikut mana dia nak jalan. Kalau nak bagi orang lain jaga, u hope lah, Aliyah sangaaat takut orang. Macam bagus lah jugak sebab susah orang nak kidnap dia. Pandai, pandai. Adik saya memang pandai macam...... Haha. Maka, oleh itu, kepada rakan-rakan Semenanjung saya yang nak peluk+cium Aliyah raya ni, lepastu dia tak nak, jangan terasa eh, memang korang ada iras-iras kidnapper lah pada Aliyah. Haha. Eh, tak, tak. Kidding.

Sahur pulak pukul 4.15, kemudian subuh akan masuk dalam pukul 4.55 macam tu lah. Lepas subuh, siap-siap pergi sekolah, dan kami akan bersekolah saaaampai pukul 1.00 pada hari-hari biasa dan sampai pukul 11.00 kalau hari Jumaat. Okay, saya tahu, kawan-kawan saya yang di seberang laut sana tu mesti macam, cepatnyaaa, tak agaaak. Haha. Tapi memang pun, kadang-kadang tengah semangat-semangat belajar, lepastu macam, eh dah habis sekolah dah. Haha, wujud unsur-unsur kepoyoan di situ.

Konklusinya, pengalaman puasa di sini, menarik, bahagia, happy, riang-ria raya, eh riang-ria gembira. Dan tanpa kita sedar, memang tinggal berapa hari je lagi nak puasa, so selamat memanfaatkannya! =]

4 comments:

HelMie September 16, 2009 at 6:58 PM

aik,,,
kat masjid pown sempat bergambar ar....hahaha

hanisah~ September 17, 2009 at 2:21 AM

kurang asam manis tawar masin payau tek idong betol la anith nih. huuuhh pnjg ayat ana. ade ke muke ana yg baik ni die kate iras2 org jahat. Tgk time aliyyah kecik2 dulu, spe jage? ana jugak kan..(ceh pdehal 3/4 kali je kot) ble kamu nak blek KL nih, tak saba nak minx duit raye...

anith~ September 17, 2009 at 2:43 AM

hahaha. tidakbolehbla. eee, tak baik suruh ana balik semata-mata sebab duit raya, touching2, isk3, haha. okay, okay, serius2, saya balik jumaat ini, yay! sukanya. 3bulan tak tgk semenanjung woooo. tunggu ana tau. jgn tunggu tgn kosong, duit raya jgn lupa aaa, hadiah pun blh jugak. haha.

hanisah~ September 17, 2009 at 10:08 PM

takde2, lepas SMU. itupon kalo dpat pangat blablabla tuh