31 Julai 2009
Dengan muka paling comel, senyum berseri seorang budak jahat pergi sekolah, hari Jumaat lepas. Dalam hati, ‘yaaay! hari ni balik 11.20’. Sampai je depan kelas, 3 orang kawannya tengah tunggu dengan muka yang serius tahap apa je.
“BJ (budak jahat), BJ dah tau dah?” kata kawan-kawan si BJ ni.
“Tau apa?”
“Positif.”
“Ha? Positif apa?”
27 Julai 2009
Kelas bising tak bising tanpa cikgu. Berlakulah sebuah hiwar.
Mai: Eh, BJ, tau tak semua sekolah keliling sekolah kita dah tutup. Tinggal sekolah kita je belum.
BJ: Ye kee? (*haha, nampak sangat tak up to date)
Mai: Yup.
Tiba-tiba. Ting ting. BJ dapat idea. Hehe.
BJ: Mai, trial kita tinggal minggu depan, minggu depan je kan. Kan?
Mai: Yup.
BJ: Kan best kalau tiba-tiba masa kita trial sekolah tutup sebab H1N1, haa, kan bagus. Jadiii, (muka evil) apa lagi Mai, Mai kena la H1N1 so that sekolah kita boleh tutup, trial tunda, silap-silap tak payah, selamaaat f4. (*muka bahagia tak terkira bercahaya kalah lampu kalimantang). Jangan risau Mai, kitorang takkan lupa jasa baik Mai, akan kamii kenang sehingga ke akhir hayat, kami hargaaai sangat.
Dengan mood paling happy tu, BJ mengkhabarkan idea bernasnya hampir ke satu kelas, haha, dan tak sampai 10 minit, dia dah dapat sokongan ramai.
Kelas: YA, Mai, betul tu Mai, kami sokoooong sangat. Setuju3.
Mai: Eyyy! Nauzubillah!
BJ ketawa senang hati tanpa menyedari ada kawannya tengah kesakitan di sebelah Mai, Mai sebelah dia. Waktu rehat, baru dia perasan, dan dengan penuh rasa kemanusiaan dia rasa dahi kawan dia, “demam eh? cepat sihat tau!” BJ ni walaupun dia jahat, baikla jugak.
Even sebelum dia balik rumah dia sempat lagi pegang dan bagi support dekat M (kawan dia yang sakit tu), “Cepat, sihat tau!”
Memang si BJ ni tak fikir apa-apa, lain-lain.
31 Julai 2009
“Positif.. H1N1”
“Siapa? Takkan.. M”
Tiada jawapan. Cuma anggukan je yang BJ Nampak. O’O. Tapi BJ still tak betul-betul terima hakikat, still tak amik pusing sangat, boleh main-main lagi, dalam hati, dia tak percaya.
Sebelum rehat, BJ sempat lagi main-main dengan beberapa kawan dia, (walaupun actually waktu tu ada about 7 orang student asrama yang kena bawak pergi hospital semalam yang suspected that penyakit tengah tunggu result doctor), tapi BJ dengan kawan-kawan dia ni memang kalau boleh tanak fikir benda buruk. Mereka siap boleh sembang lagi,
“Eh, kalau, cuti minggu depan, best jugak kan, mengafal je satu minggu, takyah belajar.”
“Betuuuul!!”
Waktu rehat.
3 orang budak kelas lain lari-lari masuk kelas mereka, “tau tak sekarang 3 orang positif, and cikgu nak buat pengumuman, sekolah tutup.”
“Oh ye?” (dalam hati BJ, biar betul, orang main-main je, takkkaaaan kut, eh serius, main-main je la.)
Tiba-tiba, ketua kelas mereka masuk “DAH, DAH. Susun meja sekarang!” Dekat tangan dia, ada kertas angka giliran untuk....
BJ: Ha?! Takkan kut?! Main-main jeeee.
5 Ogos 2009
Dan sekarang cuti sekolah, seminggu yang dipenuhi dengan hafal, hafal dan hafal, sampai otak pun dah senget sebelah. Sekarang si BJ baru ada rasa menyesal sebab subjek Nahu Sarf yang tak habis belajar lagi dan maybe boleh habis sebelum trial kalau sekolah tak tutup, kena baca sendiri. Gaaaaaaaaaa.
Dua je words saya untuk dia. PADAN MUKA!
Siapakah BJ yang mulutnya sangat masin? Hehehehe.
Wednesday, August 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nak pecah perokk den baca nih...kelako habis..haduiiii
HAHA :D kisah benar.
Post a Comment