Monday, November 23, 2009

Kudat yang CANTIK

7 Comments







Kudat is so, so, so beautiful. <-- baca cara yang lagu tu eh. Macam tempat yang paling cantik saya pernah pergi kat Sabah, Kudat la. Cantik gla kut. Aaaa. Cantik. Cantik. Cantik. Haha. Okay, korang dah tak tahan. Tapi memang cantik gila kut. Angin yang nyaman sejuk menderu, ditambah saujana mata yang indah menyapa, persekitaran yang bersih mempersona, air laut yang putih suci tiada noda ditambah lagi matahari terbenam di depan mata, oh indahnya. Haha, ayaaaat.

Tapi cikgu ta sampai lagi, yaaay, hahaha.

So kepada semua yang ingin tour-tour Sabah, jangan lupa tour Kudat eh. Pertembungan laut Sulu dengan laut China Selatan. Tau. Tau. Timing paling best waktu sunset. Tapi lepastu terus kena balik. Maghriiib. Pastu siapa yang ada jip, 4-wheel-drive, lebih bagus kerana jalan untuk ke sana, mmmh, memang best la, ish mana DO ni, memang nak kena, eceh, lagak berani je. Haha. Siapa ada heli lagi best, ada tempat landing lagi kat atas tu, terus sampai. Tapi pi pi, jangan lupa, bawak saya, paling penting tuh. Haha.

Tapi saya ta puas hati saya ta dapat picnik nik dekat pantai pasir putih melepak tuh da la dia suci daripada noda oh, haha, sampah la. Tadeee. Betul. SIRIUS.

Pastu kalau kamu datang sana, kamu sleep over dekat hotel yang ada golf punya padang tuh tau, tau. Pastu ambik bilik yang view laut, then bangun awal tau subuh-subuh tu, tunggu sun riiiiisssee, pergh, cantik sangat ngat ngat. Gambar ataaas sekali tu dari dalam bilik la tu. Cantik kan.

Lagi, mm Kudat ni macam the tip of Borneo, eh bukan macam, memang ya pun, haha. So kalau kamu da sampai sana macam kamu da sampai hujung Borneo la, eh sama la tu. Apa2 la. Haha, saya rasa saya macam pmandu pelancong pun ada, haha.

Kay la, conclusion datang Kudat eh.






Sunday, November 22, 2009

The-Should-Be-Answers

16 Comments


Keratan akhbar Utusan Borneo


Press conference. Press conference. First time dalam hidup saya, saya kena menghadiri sebuah press conference or you also call them sidang akhbar. Gementar jangan cakap. Ketar jangan cerita. Blur yang teramat. Tak tahu bagaimana rupa sebuah sidang akhbar.

Everything, alhamdulillah went well, sehinggalah sampai sesi wartawan menemu-ramah saya. Oh, tidak! Kalian pernah tak duduk menjawab soalan dengan tiga recorder di mulut kalian dan tiga wajah menanti serta mendengar dengan teliti setiap patah jawapan kalian dalam jarak kurang satu meter. Itulah yang terjadi kepada saya dan ia telah menyebabkan saya kehilangan kata-kata dan memberi jawapan buku 'standard' bukan dari hati.

Maka, hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan di hati saya kini, lantas membuatkan ibu saya dan saya sendiri merasakan perlunya jawapan yang sepatutnya diberi, diberi. *Haha, ayaaat piawai.

Oleh itu, ayuh, kita mulakannya. Tapi saya hanya menjawab kembali 2 soalan yang saya rasa penting untuk dijawab.


1) Apakah perasaan adik apabila memperoleh kejayaan ini?

Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dan gembira atas kejayaan ini. Selain itu, kejayaan ini terasa amat bermakna kerana ia jawapan sebuah perjuangan. Semakin bermakna apabila inilah hadiah terakhir saya buat Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah yang terlalu banyak membantu kehidupan saya di negeri di bawah bayu ini. Inilah cuma sesuatu yang mampu saya beri buat seluruh tenaga pengajar, khasnya dan seisi warga Toh Puan Hajah Rahmah. Saya bahagia melihat wajah-wajah gembira guru-guru saat saya menunjukkan kepada mereka anugerah yang saya peroleh. Kebahagiaan yang ikhlas datang dari hati terpancar di wajah mereka. Terasa segala penat lelah terbayar. Terasa segala tidur-tidur yang tidak cukup dek menghafal berbaloi. Seronok dapat melihat kegembiraan yang bukan dibuat-buat. Gembira dapat menjadikan mereka lebih semangat untuk terus mendidik. Sangat terharu apabila ada cikgu yang semangat mencarikan saya plastik semata-mata tidak mahu hadiah tu tercalar dan untuk saya mudah untuk membawanya.


2) Apakah pendorong kepada kejayaan adik?

Sungguh terlalu banyak pendorong bagi kejayaan ini. Pendorong yang utama semestinya kerana Yang Maha Esa. Demi mencari redhanya, insyaAllah. Seterusnya, tentu sekali, ibu bapa yang teguh yakin percaya saya mampu melakukannya. Ketiga, guru-guru. Jujur, pada awalnya, saya sangat tidak yakin untuk menduduki peperiksaan ini dan saya ada berjumpa dengan beberapa orang guru meluahkan perkara ini. Murni, mereka sangat yakin dan di atas keyakinan-keyakinan itu saya berjuang untuk tidak mengecewakan mereka. Kerana dorongan guru-guru, saya semakin bersemangat untuk belajar, kerana saya tahu perjuangan saya diperhati dan hasilnya dinanti. Lantas, saya belajar untuk menggembirakan mereka, untuk memberi rasa puas buat mereka, untuk menghadiahkan terima kasih atas keyakinan mereka. Seterusnya, rakan-rakan juga pendorong kuat saya. Sama seperti guru-guru, saya berjuang juga untuk menggembirakan rakan-rakan saya dan menghadiahkan penghargaan buat mereka kerana tidak putus-putus memberi semangat, tidak putus-putus menggalakkan saya, juga memberi apa sahaja bantuan yang saya perlukan. Terima kasih semua, Alhamdulillah.

So saya rasa this is the answers, thank you everyone. May Allah repay all your kindness. May Allah bless.

Sebelum terlupa, terima kasih juga kepada
CIKGU SHIKIN DAN NABIHAH DTG BUAT 'SUPRISE' DI AKHIR EXAM SMU SAYA DULU.. KLU MEREKA DTG SEMINGGU AWAL SURE SYA X BOLEH MEMBERI TUMPUAN PADA EXAM SBB CONFIRM SYA AKAN LEBIH FOKUS NK BERJALAN2 SAJA.."

Haha, maka itulah kiranya jawapan hamba. Alhamdulillah. Haza min fadhli rabbi.



Friday, November 20, 2009

We Never Know

14 Comments

We never know. Sungguh, kita tak pernah tau apa yang diatur untuk hidup kita. We never know what await us, we never know what comes next, and it's not our role to know what happens in the coming days, what we should do is just accept and have faith in Allah of what he had arranged for us. Our role is to never give up.

Looking back in time, 10 months ago, there's a girl, who ran into her room back from her second day at her new school. She discovered she has to learn a new things, and the examination for that new things is just a couple of month from that day. She is so stressed up. She burst into tears. She never stop until she fall asleep.

But, thanks to the teachers, who have faith in her. Mereka sangat yakin walaupun keyakinan tu langsung secebis pun takde dalam diri dia. Thanks to her parents, her friends. All of them do help her a lot.

Dia hanyut dengan dunia baru, sampai dia pun tak sedar yang dia dah immersed sangat2 dengan everything yang dia rasa dia tak boleh buat dulu. But, yes, perjuangan tu tak senang, tapi tak juga susah sampai tak boleh buat langsung. Perjuangan tu ada jatuh bangunnya, ada ketawa, ada tangis, dan kalau bukan insan-insan di sekeliling dia yang tolong dia bangun bila dia jatuh dan sedar kan dia, kejayaan itu bukan milik dia.

Now, the 10 month passed, macam tak percaya, cepatnya masa berlalu, hari-hari payah trial exam and the real exam pun dah berlalu, and now, tanpa dia sedar dah sampai pun hari itu. Hari dia tau apa jawapan perjuangannya selama 10 bulan itu. And Alhamdulillah, dia tak pernah terbayang semanis itu kejayaan. Tak pernah terbayang seorang dia yang know nothing pasal SMU pada awal tahun tu, boleh jadi best student waktu akhir tahun.

Jawapan perjuangannya, 10A 2B untuk 12 subjek SMU. Dia berjaya dapat 7 unit. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Dia berjaya buat record baru untuk sejarah SMU, untuk sejarah SMU Toh Puan Hajah Rahmah. Alhamdulillah.

Selain pertolongan Allah yang mengizinkan, yang langsung tak boleh kira, kejayaan ini bukan milik dia seorang, terima kasih kepada semua yang membantu sama ada secara terus ataupun tidak. Sungguh, Syukran Jazilan. Ini kejayaan kita bersama.

Bawah ni ada gambar. Gambar yang saya cilok dari abunuha corner. Hehe. S
aya lupa bawa camera waktu press conference hari tu, haha, mesti kamu rasa tabolehbla kan, tapi itulah hakikatnya.

5 orang dapat anugerah kecemerlangan tahun ni. 2 orang untuk SMU dan 3 orang SRU.

Saya dengan kawan saya, Masnih dengan Cikgu Dayang Jaudah (guru HEM sekolah saya) dan Ustazah Aisyah (salah seorang orang penting JHEAINS, rasanya hehe, sebab dia duduk sebelah ketua pengarah JHEAINS waktu press conference tu, hehe, saya kecut sangat hari tu, malu nak tanya.)

Saya dengan mama, dengan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Hj Amri Suratman dengan orang-orang penting dia.

Kawan saya, Masnih Hj Mustapha pun dapat 7 unit juga. Kiranya dalam Sabah kami 2 orang lah yang dapat 7 unit. 8 unit ada lagi 2 orang tapi sekolah lain. Kami dua-dua represent Toh Puan. Alhamdulillah. Tahniah Masnih. :)

Keratan akhbar The Borneo Post. 18 November. Yang Utusan Borneo punya, mcm ta boleh tuka format jd jpeg, nak tengok datang rumah saya lah, yang Berita Harian ntah, tak jumpa. Hehe.



p/s: http://abunuha.wordpress.com/ untuk maklu
mat tambahan. Alhamdulillah. ;)





Wednesday, November 04, 2009

Swinging Mood

2 Comments


BEEEEELOOOOG! Gaaaa, lamanya saya tak jumpa awak, sorry, exam.

Hee, today is the final day of the exam, for crying out loud, today is the finaaaal day of exam, I wonder where those happy feelings, bush, bush, fly awaay. Tapi selalu macam tu kan, hari first exam, gaa, cepatla, cepatla, habis exam, sampai sometimes, schedule what-to-do pun da susun, walaupun actually hari yang ditunggu-tunggu tu lagi seminggu. Macam tabolehblaa. Tapi bila sampai hari yang ditunggu-tunggu tu, it just like, 'oh exam habis, oh'. Haha, pelik.

Having the most unique exam schedule ever does make it looks easy to handle, but you tell me la bila masa exam easy nak handle, tadika punya exam jangan cakap la. Tapi betulla jadual kali ni uniiik amaat. You just imagine, kami exam 2 hari, and then sabtu, ahad, isnin, selasa cuti, then sambung balik rabu, cuti balik khamis, jumaat, sabtu exam balik, ahad cuti balik, isnin, selasa, rabu exam, habis. Haha, pening? There's active-fast. The Panadol Company would be grateful to have you as their customer. Haha, betulla saya dah tabtul, moodswing pelik.

And now we're busy, busy la sangat preparing the so-called MAJLIS PERPISAHAN PRA-U 2009. Sama je macam MPT5 dekat alamin tahun lepas. But, I have to admit, it's been such a pleasure to work with those girls and boys, another sweet, nice memory to have. They were so santai and relax and support each other through leaps and bounds, they were cooperating nicely, something to ponder.

And I was busy menguruskan the 'something' and I was touched by the kerjasama given by the teachers and friends, really, I'm so gonna miss all of you.






Monday, October 12, 2009

Unforgettable Memories

10 Comments



Sekali lagi cepatnya masa berlalu. Dah dua hari cikgu dengan Nabihah balik KL. Sedih takyah cakap lah. Tak show je. Heh.

Hari last mereka di sini, ayah saya ambik cuti then bawak saya, Nabihah dengan cikgu pergi kundasang sang sang. Haha. So this is my second visit lah. For those semenanjung's citizen, yang anggap kundasang macam cameron, okay not now, going to be. Whatever it is, the breeze is so refreshing and cool here. Best.

Dan visit kali ni is more lucky sebab kami boleh nampak Gunung Kinabalu tu clear2, kabus sikit2 je. Cantik sangat. Subhanallah. Lepastu macam cikgu cakap, macam keterujaaaaaaaan amat nak sampai atas puncak gunung tu, one day. Jom lah, ada yang nak sponsor, nak teman ke, nak jadi penunjuk arah ke, nak jd shilpa angkat barang ke, boleh je, sila maklumkan kepada saya ya, haha.

Pergi Kundasang, pergi Kinabalu Park dia, then pergi Australian War Memorial, kemudian pergi makan dekat kedai dekat situ. Lepastu, balik tak sampai pun Ranau, kalau tak boleh raya rumah Tira, haha.

Tapi saya teiringin nak pergi Poring ni, tak sampai lagi oh, kesian kan.

Lepastu, kami rush out balik KK. Dan akhirnya, Alhamdulillah, pada pukul 5.10 flight cikgu dengan Nabihah dan terbang ke KL (*rindu tahap giga). Pukul 8 camtu pulak saya dapat msg dr Nabihah cakap diorang dah sampai KL dah. Jauh dah. =[

By the way, saya nak cakap yang saya amat-amat terharu dengan suprise cikgu dengan semua kawan-kawan saya kali ini. Thank you sangat-sangat. Tak tahu nak express macam mana tapi yang pasti saya sangat terharu dan hargainya. Boleh korang buat tak tau je hari tu, memang semua boleh jadi actress berjaya. May Allah bless ALL of you.

Dan kepada cikgu dan Nabihah, terimakasih amat3. Terima kasih sebab datang jauh2, susah2. sebab bawak saya jalan-jalan, memang sangat menarik dan suatu memori serta kenangan yang saya takkan lupa sampai bila-bila. Cikgu dengan kawan saya datang dari KL, visit saya, dan kami sama-sama ronda mana yang mampu. Will never ever forget that. Tak tahu macam mana nak express, tak tahu macam mana nak repay, just boleh cakap saya amat berterima kasih (*word sama pusing2, haha, mental block, slalu macam ni kalu bab touching)

May Allah tranquil both of you with serenity, always.

Looking forward untuk ramai-ramai KualaLumpurian and Selangorian datang Sabah, kita melata sama-sama. Haha. Maila. Maila. Saya tunggu. Cehh, padahal.... Shh. Seperti biasa hanya yang mengetahui yang mengetahui. Haha.






Thursday, October 08, 2009

Kepenatan Yang Membahagiakan

5 Comments



Satu lagi hari yang bahagia buat saya. Tapi starting dia a
gak scary sikit, dengan bang on the window, angin sejuk (*cehh, padahal tingkap tutup tau, macam mana tau, ntah). Pokok pun goyang-goyang. Lepastu dalam keadaan saya penuh kemamaian, tibalah satu msg dr cikgu mengatakan kita delay la pg pulau, hujan, saya pun balas oky, haha macam jahat kan tapi serius separuh sedar, pastu sambung tidur balik pulak tu. Elleh, kamu takyah poyo, siapa tak suka tidur hujan--hujan wehh. Macam pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal, disejukkan hujan. Ahaha.

Selepas itu, berlaku pula kejadian yang tidak diingini walaupun ia sudah berlaku 3 kali ke atas diri saya. Tapi saya tak akan cerita, biarlah cikgu, nabihah, pak
cik tu dgn family saya je yang tau. Haha, malu oh, cannot2.


Maka pada pukul 11, kuut, cikgu dan nabihah yang baik datang ambik saya, dan kami ke Filipina Market, iaitu Pusat Kraftangan Kota Kinabalu. Kat sini dijual baaaaanyak sangat kristal, pearl, brooch, t-shirt, crafts, dan macam-macam lagi. Nak tahu, datang tengok sendiri lah. Haha. Takde pemandu pelancong, panggil saya, bayaran, belanja apa saya nak, ahaha. Lepastu, tips membeli-belah dekat sini ialah kalau tanda harga barang tu tulis RM100, kamu mintaklah RM50 sure dapat, silap-silap lagi murah pun dapat.

Lepastu, kami ke shopping mall kegemaran masyarakat Sabah, Centre Point. Jalan, jalan, pusing, pusing, kemudian ke Warisan Square pula. Dia buat ala-ala street mall gitu dekat situ. Makan donat apple besar. Lepastu, baru teringat tengok jam, laaa, dekat pukul 3 daa. Then rush balik bilik hotel yang luaran dia tidak menggambarkan dalaman. Cantik oh. So don't judge book by it's cover eh. Kemudian mereka ke rumah saya, dinner, di Taman Persahabatan, haha.


p/s: Cikgu, Nabihah, thank you sangat-sangat-sangat-sangat. Alaa, nak pegi Manukan.

Wednesday, October 07, 2009

Teruja. Bahagia. Terkejut.

1 Comments

Hari ni, bangun pagi, teruja amat, tahap tidakboleblaa,

last day puasa,
last day sekolah,
last day SMU!

And Alhamdulillah, by 11 a.m, the exams is finally over. Haha. Jeritan di sana, sini. By the way, pengalaman exam quite great, funny, maaalluu. Aaaah. Korang dosa gelakkan saya. Gaaa. Daaa, sape yang tak tahu diam.

Paper-paper, kalau kamu tanya saya boleh jawab tak, memang lah boleh tapi tak tahu la betul ke tak, heee. Haha. Paling best buat karangan BM. Kertas 1, 6 pages penuh. Kertas 2, 9 pages. Kesimpulan, jari putuss. Haha. Serius la rasa macam urat-urat sendi pun tulis sekali oh. Merah jangan cakap. Wajah tulisan tu, heee, yang pasti lagi okay dari cakar ayam lah.

Maka, selepas berlalunya hari-hari payah dipenuhi tidur cuma berapa jam, walaupun katil dah menggoda macam apa je, duduk saja tidak buat apa-apa cuma di dalam kereta, dipenuhi risau, takut dan nervous berpanjangan, siapa tak ada perasaan bahagia itu memang kena pergi jumpa psikiatri.

Tetapi kebahagian saya bagai mencapai tahap takde limit apabila tiba-tiba wujud (*cehh, wujud) dua wajah yang amat dikenali tiba-tiba dekat sini. Gaa, buat surprise tahap tak agak.

Macam tidakbolebla, bila tiba-tiba je ada muka cikgu dengan nabihah dekat sini. Dah lah waktu diorang datang tu saya tengah sibuk dengan handsfree saya, tak ke terkejut natrium benzomat bila angkat muka je, ada muka diorang. Macam mimpi je, dah la saya memang tengah ngantuk kut.

Haha, tapi memang gembira, happy, suka, syukur, terharu sangat of that. Thank you, thank you, thank you.

Oleh itu, hari last exam saya, saya dijemput oleh cikgu dengan four-wheel-drive, konoon, haha, dan terus dibawa ke Jesselton Point, kemudian ke 1Borneo, dengan baju sekolah. T_T (selambapapaje)

Then baru balik rumah, penat amat. Tapi yang penting exam habis, yay, haha. Cehh, padahal sebulan lagi final exam tau. Macam apa je keluar je last paper tadi, terus diorang cakap, eh ambik jadual exam lah, huh?, ee, penghancur kebahagian betul.

p/s: Cikgu, Nabihah. THANKYOOOUU!

Sunday, September 27, 2009

SayaRinduSemenanjung!

0 Comments

Saya da balik KK. Gaa cepatnya masa jalan, kadang-kadang rasa dia bukan jalan, naik formula one kut, ish cepatnya. Lusa da SMU. Gaa, bole tak saya macam tak baca apa-apa pun sepanjang cuti seminggu 4 hari tuh. Nahu je sikit. Haish. Takut, tau takut, tapi nak buka buku di hari raya, di saat orang laing hu-ha-hu-ha makan kuih raya, tengok tv, dapat duit raya (*saya dapat sikit je oh :( siapa2 nak kasi, boleh saya terima lagi, hehe.), kita nak buka buku yang tulisan dia warna hitam, tak faham sekali baca, (*heh, jahat gla saya, tak-tak.) Susa oh.


Cop2, saya nak touching dalam jap. Cepatnya masa berlalu.

Rasa macam baru semalam je book ticket nak balik raya yang lagi 6 bulan baru jumpa.

rasa macam baru semalam je counting2 masa bila raya,

rasa macam baru semalam je Ramadhan datang visit,

rasa macam baru semalam je, happy pengalaman baru puasa, sahur awal, bukak puasa awal, tarawih awal,

rasa macam baru semalam je hati kembang gla cikgu bagi cuti 2 hari awal,

rasa macam baru semalam je sibuk gla kemas bilik, kemas buku, kemas almari, iron baju, kiwi kasut in order tak nak pening kepala lepas balik dari KL,

rasa macam baru semalam je bangun pagi over-excited gla hari ni ni balik KL, lepastu flight delay 2 jam pun buat tak kesah je, janji sampai KL hari ni,

rasa macam baru semalam je Che' Li ambik dekat airport, lepastu saya dengan adik-adik macam budak kampung tak pernah tengok KL, kagum gla, cehh, sedangkan 3 bulan lepas baru balik tau,

rasa macam baru semalam je rasa relieve gla dapat tengok home sweet home, masuk bilik colour biru tu, gaa, Tuhan je lah tahu betapa saya rindu itu rumah,

p/s: dah la, neighbourhood saya dah maju macam nama dia. Wangsa Walk Mall, gaa.

rasa macam baru semalam je rush up balik Kedah sampai saya just tidur sejam lebih sikit je dalam bilik kesayangan saya tu, lepastu jam tahap giga nak sampai ke Ipoh,

rasa macam baru semalam je planning rumah baru dekat kampung tuh dan hari tu saya balik tengok rumah tuh cantik amat, beyond expectations.

rasa macam baru semalam je riang-ria-di-hari-raya-umur-saya-16-tahun-maka-saya-jadi-malu-nak-ambik-duit-raya-maka-duit-raya-saya-paling-kurang-antara-semua. Gaa.

rasa macam baru semalam je heaven amat jumpa cousin, main dengan ali imran comel, pimpin aliyah jalan-jalan, basuh pinggan mangkuk banyak amaaaaaaat,

rasa macam baru semalam je planning keluar dengan cg, sae, smuaaa.

rasa macam baru semalam je balik pahang tengah-tengah malam,

rasa macam baru semalam je jalan-jalan di Wangsa Maju kesayangan saya,

rasa macam baru semalam je semua itu berlaku dan hari ini saya di sini, di dalam bilik, merenung pantasnya masa pergi meninggalkan kita,

aka saya rindu west malaysia sangat-sangat. saya rindu semuaaa. 2 bulan, cepatlah.

p/s: Kepada semua yang telah menceriakan hari saya sepanjang saya di sana, only God can repay all your kindness, saya sayang kamu tahap amat, doakan smu saya, saya tengah tak sihat ni.

Hargailah masa itu selagi ia ada di sekeliling kita.

lagi sekali p/s: gambar raya, nantiiii, doakan SMU saya dulu.

Friday, September 18, 2009

Semoga Berjaya!

3 Comments



Good luck untuk awak.
Good luck untuk saya.
Good luck untuk semua candidate Sijil Menengah Ugama.
Selamat M
aju Jaya!




All the best untuk semua! Selamat skor, skor, skor!





Tidak ketinggalan kami perlukan doa anda juga. =)



Raya!

2 Comments

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semua orang!

Some regards:



Family:

Pleading all of you to forgive all mistakes I've done. Thank you for everything I can hardly count. Loving you with all my heart. Can't wait to gather again.


Guru-guru saya:

Saya mohon maaf di atas segala kesalahan saya sama ada sengaja mahupun tidak disengajakan. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan, pertolongan yang tidak terhitung banyaknya dan pelbagai lagi perkara yang tidak mampu saya senaraikan di sini. Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah cikgu-cikgu ajar. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Saya sayang cikgu.

p/s: Bajet macam mereka baca, heh, takpe lah.



My dears di Kuala Lumpur:

Hoping all of you to forgive all my mistakes, thank you for being such nice friends, sorry jarang contact korang. Doakan SMU ana. Prepare hadiah siap-siap. HAHA.

p/s: Jumpa jooooom! Korang tak rindu Aliyah ke.


Dearvar and the others di Sabah:

Maaf atas segala salah dan silap Anith, thank you atas support yang tak putus-putus. Glad to know all of you. Dah, dah. Cukup-cukup lah tu raya, pergi mengafal. (*macam cakap kat diri sendiri je, hehe)

p/s: duit raya?



Siti Noor Farhana bt. Ali:

Happpppppppyyy Birrtthhdaaaaay! Haha, tua! Okay, may Allah bless you now and always. Wishing you the best of luck in everything. Sayang kamu. Hadiah, nanti-nanti lah.

Rindu korang semuaaaaa.


Cikgu Shikin:

Cikgu, ana minta maaf atas segala-gala-gala-galanya. Terima kasih sangat-sangat-sangat atas semua-semua-semua nya. Ana macam terhutang budi sangat dekat cikgu nih. Saaaaaayang cikgu. Heh, gelabah.

p/s: Rindu cikgu jugaaak. Jumpa?


Orang-orang lain:

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin!


Gooooooodbyyyeee! Kuala Lumpur tengah tunggu.

p/s: Sorry, macam tidakbolehbla (tbb), saya macam gelabah campur teruja amat sekarang. :D

Tapi at the same time, saya macam sedih amat, Ramadhan dah nak habis oh. Kenapa macam cepat amat Ramadhan tahun ni. Macam tak puas oh. Macam tak betul-betul dapat advantages dia lagi tau. Rasa macam baru je, diorang kecoh-kecoh bila puasa, tengok ni orang kecoh bila nak raya pulak. Sedih oh. Saya macam rasa fail lah kali ni. Aaah.
:(

" Ya Allah yang Maha Membantu Hamba-hambanya, bantu aku, bantu rakan-rakan ku, bantu kami semua. Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunkan dosa kami ya Allah. Panjangkanlah umur kami dan temukanlah kami dan Ramadhan kembali, ya Allah. Ameen."

Serious saya tak sabar Ramadhan tahun depan.

Baliiiiiik Semenanjung! :D

0 Comments

wallaweh, rinduuu!

Okay, kegembiraan sudah ke tahap maksima. Hari ni saya balik Semenanjung! Amatnya tidak sabar. Bukan Sabah tak best tapi 3 bulan tak jenguk rumah, rindu weh.

Baiklah kepada semua yang menanti kepulangan saya, flight kami pada hari ini adalah pada pukul 11.45 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Akan tetapi, pada pukul 3 pagi, InsyaAllah, kami sudah dalam perjalanan ke Kedah, desa tercinta. Haha. Amatnya rindu, aaa. Dan kami akan berada di sana sampai hari Rabu.

Kemudian, hari Khamis, balik Pahang pulak. Jumaat balik KL semula. Sabtu balik Sabaaaaah. Ahad rehat. Isnin, SMU! Gaaaa. Jadual sangat pack. Dan bilakah masa saya baca buku? Wallahua'lam. Kamu doakan lah saya tiba-tiba datang angin rajin baca buku sentiasa ya. Semoga Allah memberkati kamu. :)


p/s: sorry, saya macam excited amat, tak boleh tahan daa.

Wednesday, September 16, 2009

Puasa di Sabaaah

4 Comments

Dulu zaman kecik-kecik, comel-comel, antara habit petang waktu bulan Ramadhan ialah duduk bersila depan tv, lepastu bukak channel yang tunjuk waktu berbuka, tiap-tiap hari mesti tunggu. Tidakbolehbla o, sedangkan most of the time waktu berbuka memang tak pernah lupa pun sebenarnya.

Lepastu bila dia tunjuk waktu berbuka untuk Sabah dengan Sarawak, mesti macam tak puas hati, ee, kenapa diorang bukak awal, dah lah sejam. Tak aci. Tak aci. Nak rasa jugaaak. Mesti macam best.

Dan sekarang, bila dah dapat rasa, a'ah best la jugak terutama sekali bila boleh 'action' dengan rakan-rakan semenanjung yang tengah kelaparan, haha.

Akan tetapi bila buka puasa awal, maka segala-galanya pun jadi awal, awaaal lah. Even bazaar Ramadhan pun start pukul 2.30. Kalau kamu datang pukul 6.00 macam tu, kamu tengok meja je lah ya.

Next, tarawih. Haha. Sangat lah cepat oh habis. Kalau di Semenanjung pukul 8.40 macam tu baru nak start, dekat sini 20 rakaat pun dah habis, I tell yoou. Balik boleh tengok berita lagi. Tapi kalau kamu solat dekat masjid negeri maybe dalam pukul 9 lah.

Dan disebabkan itu, kalau kamu pergi masjid, kamu tengok ramai budak-budak comel solat sampai 20 rakaat, jangan terkejut lah. Normal dah tu. Bagus kan, saya tabik mereka.

attitude2 Aliyah dekat masjid

Tapi kebiasaan saya sekarang, lepas 8 mesti kena tukar shift dengan Athirah. Kami take turn jaga Aliyah. Lepastu pimpin lah dia ikut mana dia nak jalan. Kalau nak bagi orang lain jaga, u hope lah, Aliyah sangaaat takut orang. Macam bagus lah jugak sebab susah orang nak kidnap dia. Pandai, pandai. Adik saya memang pandai macam...... Haha. Maka, oleh itu, kepada rakan-rakan Semenanjung saya yang nak peluk+cium Aliyah raya ni, lepastu dia tak nak, jangan terasa eh, memang korang ada iras-iras kidnapper lah pada Aliyah. Haha. Eh, tak, tak. Kidding.

Sahur pulak pukul 4.15, kemudian subuh akan masuk dalam pukul 4.55 macam tu lah. Lepas subuh, siap-siap pergi sekolah, dan kami akan bersekolah saaaampai pukul 1.00 pada hari-hari biasa dan sampai pukul 11.00 kalau hari Jumaat. Okay, saya tahu, kawan-kawan saya yang di seberang laut sana tu mesti macam, cepatnyaaa, tak agaaak. Haha. Tapi memang pun, kadang-kadang tengah semangat-semangat belajar, lepastu macam, eh dah habis sekolah dah. Haha, wujud unsur-unsur kepoyoan di situ.

Konklusinya, pengalaman puasa di sini, menarik, bahagia, happy, riang-ria raya, eh riang-ria gembira. Dan tanpa kita sedar, memang tinggal berapa hari je lagi nak puasa, so selamat memanfaatkannya! =]

Monday, September 14, 2009

Hungry :O

2 Comments


Saya tengah lapaaaar. Bukan sebab puasa tapi saya memang tengah lapar. Cadang nak letak banyak lagi tapi ketidakbolehan. Maka itu sahajalah dahulu.



saya lapar!


sweeeeeeet. :>


aliyah mesti suka.


macam mana dia buat, aaaa.


p/s: Siapa belanja saya semua ni, saya sayaaaaaaang dia.

Saturday, September 05, 2009

Bad Suprises

0 Comments


Melepaskan tekanan, melepaskan tekanan.

Alhamdulillah, result-result sebahagian besarnya telah bertemu pemiliknya dan yaa, kejutan yang sangat besar buat semua.

Naah, ini lah keburukan study last minute, siapa suruh.

Turun, turun, turuuuun. Dah lah macam tak agak, markah turun pun berjamaah, oh, Ramadhan eh, benda berjamaah banyak pahala eh, banyaaaaaakla. Aaaa.

Ok, SMU, bila kawan-kawan? Lama lagi kan 3 minggu lagi. 3 minggu tolak cuti raya seminggu tinggal 2 minggu. 2 minggu mengandungi 14 hari. Subjek SMU ada berapa? 15. Ha, bagus berapa hari satu subjek? Satu. Jadi, sekarang kena buat apa? Belajar. Tau pun, jadi belajaaaar laaa. Aaa.

Walaubagaimanapun, saya masih menunggu result beberapa subjek. Semoga saya mampu mendapat Pangkat 1, 7 unit. (<--pencapaian tertinggi bagi SMU).


p/s: Maaf, tekanan saya sudah mencapai tahap maksima. Post pun pelik. Aaaaaaaa. Teruskan usaha. Teruskan usaha. Masih ada waktu. Semoga keberkatan Ramadhan dapat membantu kita.

Saturday, August 29, 2009

Demam SMU

5 Comments

Ini SMU punya cerita.

(Maaf, bahasa saya akan broken sedikit eh banyak)

AMARAN: Saya akan sangat 'poyo' kali ini.

Sijil Menengah Ugama, SMU. Jujur dari hati, saya tida
k pernah tahu kewujudan SMU sebelum saya datang sini. Hari kedua sekolah, baru saya tahu, saya ada peperiksaan besar tahun ini, dahla waktu tu semangat honeymoon punya la kuat, pmr baru selesai, tengok2, gaaaa, raya saya tak aman lagii, TIDAAAK!

Lebih teruk lagi, bila nama subjek diberitahu kepada saya pun, saya tak tahu subjek tu pasal apa. Lagi best, waktu first time, dapat buku subjek-subjek SMU, boleh ke saya kena tanya orang, ini buku subjek apa ek? Oh, ini buku Feqah, kenapa depan dia tulis Aqna'. Feqah, Aqna' eh? KeBLURan sungguh menguasai suasana ketika itu.

Tapi itu cerita dolu-dolu. Any way, SMU is all about these subjects and it consists of three components:

p/s: saya semangat nak cerita sebab saya tahu kamu tak tahu apa-apa, haha.



KOMPONEN A

1. Al-Qur'an Tahriri

Ini jantung SMU, bermakna, kamu wajib sewajib-wajibnya perlu memperoleh A bagi subjek ini. Jika tidak, jangan mimpi la nak dapat pangkat 1. Pangkat 1 tu apa? Pangkat 1 tu Mumtazlaa, itu pun tak tahu, HAHA. Masa dapat tau pasal silibus dia, hati saya lapang-selapang-lapangnnya, kenapa? sebaaaaab, jika di Al-Amin, kena hafal 3 juzu', di sini, 3 surah iaitu, Yaasin, As-Sajdah dan Al-Baqarah (ayat 1 sampai 20, kalau di Al-Amin, yaa, 1 sampai 20, tapi, penekanan MUKASURAT.) Berita yang gembira kan untuk mereka yang malas menghafal, kan, kan, elleh tak yah tipu, mengaku je la, hehe, kidding2.

Tetapi cabarannya cuma satu, ujian subjek ini tidak akan dijalankan secara amali seperti di Al-Amin, sebaliknya BERTULIS. Maksudnya kamu kena pandai eja sama macam dalam Rasm Uthmani. Apa? Kacang? Try buat tengok, tak susah, ayat 1 sampai 5, Al-Baqarah, saya yakin kamu mesti ada salah, dia lain laaa.

Akan tetapi, practices make perfect, dengan bangganya, latest markah Al-Quran saya 95. (ecceh, sedangkan semester lepas 99, hehe) Ya laa, sorry, bukan apa, ini semua adalah disebabkan sifat malas dan KREATIF yang ada pada diri saya yang telah membuatkan saya dengan senang hati mengaplikasikan kemahiran saya HANYA menulis nombor ayat seperti subjek Pendidikan Islam, form 3. Alaa, soalan yang kena susun ayat tu laa. Hai, sesuka hati je, buat keputusan sendiri padahal ayat-ayat tersebut perlu disalin semula, (well, SMU BUKAN PMR) dan kerana keBIJAKSANAAN saya itu, 5 markah dengan senang hati terbang dibawa angin. Dua perkataan. PADAN MUKA.

Buku tafsir kami ditulis oleh guru kami. 60 Mukasurat kena hafal.

2. Tafsir


Ini sungguh-sungguh saya sayang, BETULLA. 8 surah dari juzu' 29 perlu dihafal tafsirnya, pendapat ulama, 'mufradatnya', biodata surah tu. Memang saya BERCINTA nak hafal. Tapi tafsir best sebenarnya. Apaaa, BETULLA, jujur dari hati.

3. Feqah

Ini, so far, Alhamdulillah la. Haji, Puasa, Iktikaf, Riba, Jual Beli. Basic dah ada dalam BM cuma kena translate BA je dan tambah detail sikit, tapi kadang2, terkial-kial la jugak.


4. Hadith

Hadith tentu la pasal hadith Rasulullah, apaa la. Cuma kena hafal mufaradat, syarhul hadith, istinbat dengan as'ilah sikit. Ops, sory, saya tak reti la dalam BM. Haha, poyo.


5. Tauhid

Saya SAYANG subjek ini. Senang je nak hafal dia. Betul. Ayat dia terbalik-balik je. Lagi pulak dia tentang ketuhanan Allah, tambah dalil aqli, dali naqli, tu je. :D

One of my favourite:

"Allahu yajib iftiqaril alam ilaih, kullu juz'u min ajzaihi ilaih wa kullu min wajib iftqaril alam ilaih wajib wujud, fallahu wajibal wujud."

Best kan. Tu la saya suka sangat.


KOMPONEN B


6.Balaghah/Nusus

Ini dua subjek yang digabungkan. Actually, belajar asing-asing, cikgu pun lain. Balaghah as all of us know gaya bahasa Arab, serius best sangat bahasa dia. Even kalau dia nak terang cuma pasal matahari pun, dia boleh explain dari pelbagai style. Ee, best la kira. Lagi, untuk subjek ni, saya cuma ambil masa 3 jam lebih sikit je untuk hafal dari awal tahun punya pelajaran sampai akhir, sekejap kan. Looks very easy. Tapi, bila exam, subject ni la yang buat saya selalu belek-belek kertas, pergi soalan depan, pergi soalan belakang, disebabkan tidak berjaya menentukan jawapan yang tepat. Ya la, kalau dia tanya gaya bahasa tapi kita tak faham ayat tu macam mana kita nak buat, kan.

saya punya tulisan yang warna biru tu je, yang lain semua senior

Next, nusus. Nusus atau dalam erti kata lain literature Ba
hasa Arab. Mostly sajak la, tapi ada jugak ayat Al-Quran, khutbah Rasulullah. Macam BM and BI, kena tahu maksud setiap baris dalam.., penekanan, BAHASA ARAB, gaya bahasa, biodata pengarang dan lain-lain. Hmm, nusus, salah satu subjek yang saya hanya sempat belek pada pagi peperiksaan, dalam kereta, on the way ke sekolah dan saya berjaya memperoleh 34/40. :D Getting a great, highest mark without revising it is such a magic, isn't it? Apa lagi, ini bukan bulat-bulat, boleh baling dadu, subjektif k. Anyway, itu cerita sem 1,sama-sama la kita nantikan adakah magic itu berkekalan, tapi kali ni saya baca la, tak last minute dah.



7. Mutalaah/Insya'

Ini juga gabungan subjek. Mutalaah. Subjek yang sentiasa menyaksikan tumpuan saya pasti melayang ke langit ke-7 pada minit ke 30. Saya dah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan tumpuan saya tapi mesti dalam minit 30-45 tu, mesti terganggu jugak. Mostly disebabkan oxygen tidak cukup ke kepala la. Rakan-rakan saya juga mengalami masalah yang sama, kan kawan-kawan? Tapi penekanan, saya takla tidur, tapi hampir la, hehe. Ops, lupa, pelajaran ini lebih kurang macam pelajaran prosa tradisional BM, semua, teks-teks dia macam tu.

macam mana tumpuan nak dikekalkan

Insya', kamu pun tahu, tamau la cerita panjang, sama je, tapi mudah dari Bahasa Arab Tinggi kut, ntahla, kami tak pernah belajar BATING. Mmm, markah latest? 38/40. :D Alhamdulillah. Haha, poyo, Kan saya dah cakap saya nk poyo kali ini.


8. Nahu/Sarf

Ini juga gabungan subjek, tetapi ia diajar oleh guru yang sama dan merupakan salah satu subjek yang masih tidak diketahui bila akan ketemu dengan garis penamat silibus walaupun SMU sungguh-sungguh di sekeliling penjuru sahaja. Dan kalau kamu nak tengok diri saya yang paling lumpy sila lah datang melawat pada masa ini ya dan harap dimaafkan ya kalau seinci pun saya tak pandang kamu. Diharap menunggu dengan penuh sabar ya. Serius, subjek ini sangat-sangat memerlukan penilitian yang sangat teliti. Tertinggal 10 minit, sure kelas 60 minit tu, kamu hanya duduk dan lihat sahaja. Sama ada Nahu ataupun Sarf dua-dua adik beradik kembar ini sangat menguji kemampuan saya sebagai seorang pelajar yang baru belajar. Tambahan pula, silibusnya memang sungguh banyak seperti bintang di langit, pasir di pantai. Cehh, hiperbola melampau. Oleh itu, fenomena a'alul tahwil switch ke af'alul qulub, af'alul rijhan lupa erti, i'irab tunggang terbalik, jawaz kussir inna pergi jawaz fathu inna, feel kana masuk feel zonna, ia memang fenomena biasa.

nota saya



KOMPONEN C


9. Tarikh Islam

Haha, subjek yang paling cepat orang siap. Cikgu tidak perlu tunggu lama, bagi kertas, murid tulis nama, lepas tu tengokla 2 minit eh tak 1 minit kemudian, ada la yang angkat tangan, cikgu saya dah siap, boleh saya keluar sekarang? Selain itu, subjek ini juga yang telah melahirkan soalan-soalan O' level seperti, Cikgu, kalau saya salin soalan tu balik lepas tu saya tamba 'hua', atau dalam erti kata BM, salin pangkal soalan dan tambah perkataan 'ialah' , haa, sampai situ je la dia tulis. Kemudian, subjek inilah juga yang melahirkan rayuan seperti:

"Cikgu, please la cikgu bagila markah cikgu 2 markah pun saya terima cikgu, "

"1 pun okay cikgu"

"1/2 pun jadilah cikgu"

Haha, eh lupa, ini ialah subjek SEJARAH tentang daulah umawiyyah dan khalifah-khalifah didalamnya, dan seperti biasa, semuanya perlu dihafal, biodata setiap khalifah, mana dia lahir, pembaharuan yang dia buat, sifat-sifat dia, pemberontakan yang berlaku semasa pemerintahannya, siapa yang membai'ah, tarikh-tarikh penting dan macam-macam lagi. Tak ramai pun khalifah dia, dalam sembilan sahaja.


10. Akhlak

Ini paling saya suka buku teks dia, sebab, dia dah bariskan siap-siap, jadi makin mudahlah kerja saya. Selain itu, subjek ini cuma tentang adab-adab, adab kepada Allah, kepada rasul, ibu bapa, kaum kerabat dan antara favourite pelajar, adab sesama suami isteri, suami terhadap isteri, isteri terhadap suami, dan itu sahajalah baru kami belajar, perjalanan masih perlu diteruskan.
tengok markah dia


11.Bahasa Melayu

Format soalan bagi subjek ini tidak berbeza dengan formatnya ketika SPM. Oleh itu, saya yakin
kamu juga maklum dengannya.

12.Bahasa Inggeris

Same goes to this subject. Nothing much to say. =]


Pemarkahan bagi SMU pula sangat membahagiakan kerana:


Daripada komponen A, kamu perlu mendapat 1 aka A bagi 4 subjek daripada 5 subjek.
Daripada komponen B, kamu hanya perlu memperoleh 2 A bagi 3 subjek yang tersenarai.
Daripada komponen C pula, kamu hanya perlu memperoleh 1 A bagi 4 subjek yang tersenarai.


p/s: Oleh sebab itu, subjek Tarikh Islam, ramai murid tidak ambil peduli sangat kerana mereka target untuk skor A bagi subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja, tak pun Akhlak. Akhlak pun tak susah nak skor. Ish. Ish. Ish. Siapa la tu. Bukan saya la yang pasti. Saya kan pelajar baik.


Buku subjek-subjek SMU

Kebanyakan buku-buku teks tidak lagi dicetak semula, oleh itu, pelajar perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan buku-buku teks itu yang sememangnya tidak boleh dicari di kedai. Maka, ketika inilah senior memainkan peranan yang penting dalam mewariskan buku-buku mereka kepada junior-junior tersayang. Ada juga yang mengambil langkah memfotostat buku-buku tersebut daripada rakan-rakan mereka, seperti saya dan apabila menggunakan buku fotostat maka terima sahajalah segala contengan yang telah dicoretkan oleh tuan asal buku itu bagi mengelakkan rasa mengantuk barangkali. Jika kamu bertuah, kamu juga akan bertemu ayat-ayat jiwang, tidak sesuai untuk tatapan umum.

tengok tahun dia-2005


Soalan-soalan SMU dan sekolah-sekolah yang mengambil SMU

Saya diberitahu, cuma 5 buah sekolah sahaja di negeri di bawah bayu ini yang mengambil peperiksaan ini. Saya tidak pasti berapa negeri sahaja yang menduduki peperiksaan ini, apa yang saya tahu cuma soalan kami di Sabah tidak sama dengan di Semenanjung. Oleh itu, majoriti pembuat soalan di Sabah adalah dari guru-guru sekolah kami. Begitu juga dengan pemeriksa kertas soalan. Ops, rahsia negara. Eh, tarik balik, tarik balik, takla, sekolah lain pun ada. Heh.


Cara kami belajar untuk skor

Fahamkan apa yang ustazah/ustaz ajar di dalam kelas, kemudian hafal apa yang ada di kertas hafalan dan nota buatan sendiri. Kaji soalan-soalan lepas. Salah seorang kawan saya, dia ada koleksi kertas soalan sebenar SMU dari tahun 1992 lagi. Kita pun tak lahir lagi. Hebat oh. Jawab soalan elok-elok, jangan cuai.

contoh kertas hafalan

Dan itulah apa yang saya sedang perjuangkan ketika ini. Suatu perjuangan yang akan bertemu dengan klimaksnya pada 28 September ini. Oleh itu, SELAMAT BERJAYA semua!

Juga kepada kamu yang tidak terlibat, jangan lupa doakan kami, ya!

Kepada yang terlibat, baca buku!

p/s: Segala ke'poyo'an sekadar gurauan. Semua kelebihan 'hua min fadhli rabbi'. =>